Saya tak peduli, saya tahu apa saya buat – Neelofa

0
532
Advertisement

KUALA LUMPUR: Walaupun dikecam netizen, Neelofa memilih untuk tidak mempedulikan kritikan orang ramai berhubung pelancaran koleksi tudungnya malam tadi, kerana katanya dia lebih arif mengenai keputusan yang diambil.

Tindakan Neelofa yang melancarkan tudung Be Lofa miliknya di Zouk, sebuah kelab hiburan terkenal di Kuala Lumpur, dianggap tidak sesuai dengan imej yang dibawanya.

BACA: ‘Kenapalah pilih Zouk, Hajjah Neelofa…’

Bagaimanapun, menurut pelakon dan pengacara popular itu, lokasi itu dipilih selepas dia membuat senarai pendek dan melihat kepada kesesuaian bajet serta tema acara majlis itu.

“Jika diadakan di tempat lain, saya perlu mengeluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema,” dia dilaporkan berkata hari ini.

“Saya ambil keputusan untuk tidak peduli kritikan orang ramai kerana saya lebih tahu apa yang saya lakukan,” tambahnya menurut laporan Sinar Online hari ini.

Mengulas kritikan netizen, dia dipetik berkata: “Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang.”

Aktor itu turut menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-29 di majlis yang sama dan bersyukur majlis itu berjalan dengan lancar.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian SonaOne dan dihadiri keluarga, sahabat handai dan media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here