'Saya telah cuba yang terbaik' – Peter Bellew

0
203
Advertisement

KUALA LUMPUR: “Saya telah mencuba yang terbaik dan telah bekerja sebaik mungkin.”

Itu respons ringkas daripada Peter Bellew, yang baru saja diumumkan oleh syarikat penerbangan Ryanair bakal kembali berkhidmat ke syarikat itu pada 1 Disember nanti sebagai Ketua Pegawai Operasinya.

Kenyataan tersebut disampaikan kepada Astro AWANI setelah diaju soalan mengenai berita penyertaan semula beliau ke Ryanair.

Tiada sebarang penjelasan diberikan berhubung isu Bellew akan meninggalkan Malaysia Airlines.

Bellew bagaimanapun, telah menolak pelawaan untuk muncul bersiaran di Astro AWANI, sambil berterima kasih atas segala sokongan yang telah diberikan serta berharap sokongan terus diberikan kepada Malaysia Airlines.

BACA: Ryanair umum Peter Bellew akan kembali bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasinya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here