'Saya terima hukuman tersebut, maafkan saya' – T.O.P dihukum penjara

0
69

ANGGOTA kumpulan BIGBANG, T.O.P, mengakui menyesal kerana terlibat dengan kontroversi penyalahgunaan dadah jenis Marijuana.
 
T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan media selepas selesai menjalani perbicaraan terakhir semalam.
 
“Saya benar-benar menyesal dengan tindakan yang dilakukan. Apa yang boleh saya katakan sekarang, saya mohon maaf terhadap kelakukan saya.
 
“Saya akan menerima hukuman yang diberikan dengan hati yang terbuka. Selain daripada itu, tiada apa lagi yang saya ingin katakan.
 
“Cuma saya ingin minta maaf sekali lagi…” katanya sambil menundukkan kepala.
 
Dalam pada itu, menurut laporan Soompi, mahkamah telah menetapkan T.O.P menerima hukuman penjara selama 10 bulan dengan tempoh percubaan dua tahun atas tuduhan menghisap ganja pada tahun lalu.

Mahkamah menyatakan:
 
“Defendan telah mengakui semua tuduhan yang dibuat terhadapnya dan telah didapati bersalah.
 
“Jenayah yang dilakukan adalah berkaitan dengan dadah dan perkara itu bukan sahaja melibatkan kesihatan individu malah boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat.
 
“Jadi tidak ada pilihan untuk kesalahan besar seperti itu dan pesalah seharusnya menerima hukuman yang berat.
 
“Bagaimanapun, kami telah membuat pertimbangan bahawa defendan benar-benar menyesal dengan kelakuannya dan dia juga tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah sebelum ini,”
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here