'Saya terima tekanan daripada Pejabat Perdana Menteri' – Tony Fernandes

0
63
Advertisement

KUALA LUMPUR: Empat hari selepas Pilihan  Raya Umum Ke-14 (PRU14), Tan Sri Tony Fernandes membuat penjelasan sepenuh hati kepada umum dengan menyatakan kekesalannya ‘membuat kenyataan yang tidak wajar pada waktu yang tidak sesuai’.

Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu menerusi akaun Facebook peribadinya, pada Ahad telah memuat naik video yang menjelaskan sebab dia mengeluarkan kenyataan yang menyokong Barisan Nasional (BN) secara tiba-tiba.

“Tiada alasan lain, namun saya akan memberitahu anda apa yang saya rasakan ketika membuat keputusan itu (menyokong BN).

“AirAsia adalah sebuah industri penerbangan yang tertakluk pada undang-undang. Apa saja yang kita lakukan memerlukan kelulusan kerajaan. Daripada penerbangan, ke cukai lapangan terbang, hinggalah ke laluan udara,” jelas Tony.

BACA: ‘Tolonglah Malaysia, jangan label Tony Fernandes pengkhianat’ – Syed Saddiq

BACA TRANSKRIPSI PENUH DI SINI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here