Saya tiada dalam perancangan: Rooney

0
75
Advertisement



LONDON: Wayne Rooney mendedahkan Everton ‘menyatakan dengan jelas’ mereka mahu dia meninggalkan kelab itu sebelum perpindahannya ke DC United dilengkapkan, bulan lalu.

Rooney kembali ke Goodison Park, Julai tahun lalu selepas mengharungi kempen penuh trofi selama 13 tahun di Manchester United dengan meledak 11 gol untuk The Toffees sekali gus menamatkan kempen 2017-18 selaku penjaring terbanyak kelab.

Penyerang berusia 32 tahun itu gagal untuk menampilkan persembahan konsisten malah sering bergelut mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Justeru pengurus baharu, Marco Silva bersama Pengarah Bolasepak, Marcel Brands mengesahkan bekas kapten England itu ada melakukan perbincangan dengan DC, bulan lalu.

Selepas perjanjian perpindahan itu selesai pada 28 Jun lalu dengan kontrak selama tiga setengah tahun, Rooney berkata, keputusan untuk meninggalkan England bukan berdasarkan keputusannya seorang sekali pun Silva mendakwa kelab itu terbuka jika dia mahu kekal.

Justeru, dia yang dijadual membuat penampilan sulung bersama DC, esok mendedahkan alasan sebenar mengenai perpindahannya dengan berkata adalah jelas dia tidak berada dalam perancangan pasukan utama Everton.

“Jelas di Manchester United (peluang bermain) tidak berlaku seperti yang saya harapkan atau gembira dan saya dengan mudah boleh berkata saya boleh berada di sana dengan baki kontrak selama dua tahun setengah, mengambil gaji dan menjadi gembira dan itu saja.

“Tetapi saya mahu bermain, kembali ke Everton dan mengharungi setahun di sana, seperti saya cakapkan sebelum ini, Everton mengatakan dengan jelas pada penghujung musim yang mereka gembira untuk melihat saya pergi.

“Untuk apa saja alasan, saya masih tidak mengetahuinya. Saya merasakan apa yang saya sudah lakukan cukup. Saya adalah penjaring gol terbanyak sekali pun bermain di bahagian tengah hampir keseluruhan musim.

“Tetapi itulah bola sepak. Dan ia memberikan saya alasan untuk dipilih, dan saya sudah menetapkan keputusan saya. Saya berkata kepada Everton, ‘Dengar, saya bukan budak-budak dan jika ini (meninggalkan kelab) adalah yang kamu mahukan, beritahu saya.

“Jika kamu mahu saya kekal, beritahu saya dan mereka berbincang mengenainya. Jadi pilihan ini tiba selain beberapa lagi pilihan dan saya rasa ini adalah yang terbaik.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here