SC lantik Zainal Izlan sebagai Timbalan Ketua Eksekutif

0
336
Advertisement

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin sebagai Timbalan Ketua Eksekutif, berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata Zainal menggantikan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin, yang menamatkan kontraknya di SC pada 31 Mac, berikutan pelantikan beliau sebagai Persuruhjaya Kehakiman.

Zainal, 50, menyertai SC pada Januari 2011 sebagai Pengarah Eksekutif, Pasaran Modal Islam dan dilantik sebagai Pengarah Urusan, Pembangunan dan Pasaran Islam pada November 2016.

“Beliau juga merupakan Pengerusi Capital Markets Malaysia, sebuah entiti yang ditubuhkan oleh SC untuk mempromosikan pasaran modal Malaysia.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dan Ekonomi (dwi-pengkhususan dalam Perakaunan dan Kewangan) dari The Wharton School, University of Pennsylvania, US, dan pemegang kelayakan penganalisis kewangan berkanun, dan memiliki pengalaman lebih 25 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here