Sebat 20 kali jika jual makanan sebelum jam 4 petang

0
44



Lhoksukon: Pihak berkuasa Aceh Utara mengingatkan peniaga supaya tidak menjual juadah untuk buka puasa sebelum jam 4 petang waktu tempatan.

Mereka yang melanggar syarat yang sudah ditetapkan itu akan dikenakan tindakan berdasarkan Kanun Akidah, Ibadah dan Syiar dengan hukuman sebat maksimum 20 kali.

“Kita berharap peniaga dan masyarakat semuanya mematuhi syarat yang sudah ditetapkan untuk berniaga sepanjang Ramadan,” kata ketua pengawas Willayatul Hisbah Aceh Utara, Tgk Mursalin.

Menurutnya, peniaga juga dilarang membuka warung atau gerai sepanjang waktu Maghrib sehingga selesai solat Tarawih. Larangan berkenaan turut meliputi kedai telekomunikasi dan Internet.

Kepada penduduk yang bukan beragama Islam, Tgk Mursalin berkata, mereka perlu menghormati muslim di situ menjalani semua ibadah sepanjang Ramadan. – Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Mei 2017 @ 1:31 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here