'See You Again', 'Despacito' gugat 'Gangnam Style' di YouTube

0
37

ARTIS Korea Selatan, Psy, terpaksa melepaskan takhta sebagai pemilik video muzik dengan tontonan paling tinggi di YouTube selepas lima tahun mengunggulinya menerusi lagu “Gangnam Style”.

Takhta itu kini dipegang lagu tema filem Furious 7, “See You Again” nyanyian Wiz Khalifa dan Charlie Puth.

“See You Again” ketika berita ini ditulis merekod 2,901,027,925 jumlah tontonan, mengatasi “Gangnam Style” dengan 2,894,426,475 tontonan.

Menerusi akaun Twitter, Puth yang juga penulis lagu berkenaan berkata kejayaan lagu itu seolah satu mimpi.

“Saya membuka akaun YouTube pada tahun 2007 dan berharap video saya akan dapat 10,000 tontonan,” tulisnya.

Namun begitu, ramai yang menjangkakan “See You Again” tidak akan lama di tempat teratas memandangkan lagu Latin “Despacito” kini sedang mencatatkan kenaikan jumlah tontonan dengan pantas.

Baru lima bulan dimuat naik ke YouTube, lagu dendangan Luis Fonsi dan Daddy Yankee itu kini berada di tangga kelima senarai tontonan paling tinggi dengan 2.4 bilion tontonan.

Pemerhati meramalkan “Despacito” bakal memecah rekod sebagai lagu pertama mencapai tontonan 4 bilion, dalam masa tujuh bulan lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here