Sehari selepas PH tubuh kerajaan, penarafan Malaysia kekal stabil

0
112
Advertisement

KUALA LUMPUR: Agensi penarafan Fitch Ratings mengekalkan penarafan ‘A-‘ dengan jangkaan stabil walaupun wujud perubahan signifikan dalam tunggak pentadbiran negara.

Menurut kenyataanya, Fitch Ratings percaya keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang memihak kepada Pakatan Harapan (PH) tidak akan menyebabkan perubahan dasar ekonomi yang besar.

“Kemenangan Pakatan Harapan dan asas dasarnya memberi gambaran wujud potensi besar dalam perubahan (dasar).

“Momentum pertumbuhan Malaysia kekal utuh dan ia menjadi faktor utama pengekalan penarafan ini.

Agensi itu turut menjangkakan pertumbuhan purata untuk melepasi median ‘A’, walaupun ketidaktentuan polisi serta pasaran mungkin menyebabkan ketidakstabilan sementara.

Laporan itu turut menyebut pendapatan per kapita, pembangunan sosial dan tadbir urus yang rendah mengehadkan penambahbaikan penarafan.

Menerusi janji pilihan raya sebelum ini, PH sebelum ini menjanjikan pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta pengenalan beberapa subsidi yang dimansuhkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

GST merupakan sumber kewangan paling penting pentadbiran Najib, menyumbang 18 peratus kepada keseluruhan pendapatan kerajaan pada 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here