Sejauh mana anda mengenali Allahyarham Tan Sri P. Ramlee?

0
51

SEBUT sahaja nama P. Ramlee, pasti akan teringat semula karya hebat seperti filem Pendekar Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Do Re Mi dan Tiga Abdul.

Malah sehingga kini, filem dan juga lakonan seniman negara Tan Sri P. Ramlee tidak pernah bosan untuk ditonton berulang kali.

P. Ramlee atau nama sebenarnya, Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh adalah sebuah nama yang cukup terkenal di persada seni tanah air.

Beliau merupakan seorang pengarah, pelakon, penulis lirik dan pemuzik prolifik yang telah menghasilkan 60 buah filem dan 250 buah lagu.

Tidak dapat dinafikan lagi bakat dan kredibiliti pengarahan yang ada pada P.Ramlee telah membuka mata banyak pihak sehingga mendapat perhatian di peringkat antarabangsa pada era 1950-an dan 1960-an. 

P.Ramlee juga sering menerapkan nilai persahabatan dalam setiap filem arahannya dan menyelitkan nilai-nilai murni serta pengajaran selain memaparkan realiti kehidupan orang Melayu ketika itu.

Selain itu, P.Ramlee juga banyak menggunakan dialog-dialog menarik yang dilakonkan secara spontan oleh pelakon-pelakon pada ketika itu membuatkan ungkapan-ungkapan tersebut diingati sehingga kini.

Meskipun kekurangan alat teknologi pada zaman berkenaan, seniman P.Ramlee tetap berjaya menghasilkan filem-filem hebat.

Istimewanya lagi, enjin carian terkenal Google juga telah menampilkan beliau sebagai ilustrasi doodle sempena mengenang kembali ulang tahun kelahiran P.Ramlee ke-88 pada Mac lalu.

Untuk mereka yang bercita-cita ingin mengasah bakat dalam bidang pengarahan, Astro Citra tampil memberi peluang kepada pengarah muda berbakat untuk menghasil karya terbaik mereka menerusi Karya 12 vol. 2.

Karya 12 vol. 2, merupakan inisiatif Astro untuk memberi peluang kepada pengarah berpengalaman dan pengarah muda berkongsi pengalaman dalam menghasilkan sebuah telemovie yang berkualiti.

Antara pengarah berpengalaman yang terlibat ialah Rashid Sibir, Nik Amir Mustapha, Mamat Khalid, Feroz Kader, Tunku Mona Riza dan Razaisyam Rashid.

Sementara itu pengarah muda yang akan diberi peluang untuk menghasilkan karya mereka ialah Muhammad Haffez Bin Mohd Amin, Ikmar Sarbin, Hadli Hairudin, Nur Syuhada Zamri, Najmie Maziez dan Vigniswara.

Sebanyak 12 telemovie akan ditayangkan setiap minggu menerusi Karya 12 vol. 2.

Jangan lupa untuk menyaksikan Karya 12 vol. 2, bermula 23 September ini, setiap Sabtu, pada pukul 9 malam di saluran Astro Citra (saluran 131) dan Astro Mustika HD (saluran 134).


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here