Sekali lafaz, Mawar Rashid sah bergelar isteri Raf Yaakob

0
15

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon Mawar Rashid selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Raden Ahmad Faizal Yaakob.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah yang juga imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Ustaz Mohamad Azri Ahmad Kamil kira-kira jam 3.20 petang hari ini.

Mawar dan Raden selamat diijab kabul dalam sebuah majlis yang cukup indah bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid telah memberi sembilan dulang hantaran berbalas tujuh.
Pihak lelaki juga memberikan mas kahwin berjumlah RM900.

Bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.

Majlis akad nikah yang bertemakan tradisional Jawa tu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 500 tetamu.

Majlis resepsi pasangan mempelai ini akan berlangsung pada 1 Disember bertempat di Pusat Konvensyen Center Sime Darby di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Raf, 32 yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley itu telah menghantar rombongan merisik bersama keluarganya untuk pihak Mawar pada 7 Mei lalu sebelum Raf berangkat ke London untuk bermain bola di Old Trafford di bawah Kelab Peminat Manchester United selaku Presiden My Man Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here