Sekatan tambahan ke atas Qatar masih awal: UAE

0
23


SHEIKH Abdullah Zayed al-Nahayan. – Foto REUTERS

ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata semalam, negara Arab yang memboikot Qatar berhubung dakwaan sokongan terhadap keganasan masih menunggu maklum balas tuntutan mereka menerusi pengantara, Kuwait.

Bagaimanapun, Menteri Luarnya, Sheikh Abdullah Zayed al-Nahayan, berkata masih awal untuk bercakap mengenai sekatan tambahan ke atas Qatar.

“Saya fikir masih terlalu awal untuk bercakap mengenai sekatan tambahan… ia bergantung terhadap apa yang kami dengar daripada saudara kami di Kuwait, ” kata al-Nahayan dalam sidang media bersama rakan sejawatannya dari Jerman di sini.

Menteri Luar Jerman Sigmar Gabriel, berkata pertikaian diplomatik itu membolehkan negara rantau itu peluang bergerak bersama bagi meningkatkan perjuangan mengekang pembiayaan pengganas.

Bercakap di sini pada hari kedua lawatan serantau, Gabriel berkata, beliau bersetuju dengan al-Nahayan, melindungi pengganas atau membantu pembiayaan perlu ditamatkan.

Katanya, ada banyak cara untuk menghalang ketegangan yang memuncak di rantau, apabila Qatar berdepan sekatan dari jiran Arabnya.

Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here