Sektor ekonomi bakal melonjak di Bentong

0
344
Advertisement

BENTONG: MCA sememangnya memahami rakyat yang kini merasai tekanan akibat kos sara hidup tinggi akibat kenaikan harga barangan di negara ini.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang merupakan penyandang Ahli Parlimen Bentong untuk melihat kemajuan bidang ekonomi di Parlimen ini.

Bukan sahaja untuk melihat kemajuan dan peningkatan ekonomi masyarakat, malah turut mengatur pelbagai program dan projek yang telah banyak meningkatkan pendapatan peniaga, khususnya peniaga-peniaga kecil.

“Saya juga memfokuskan kepada aktiviti e-dagang iaitu e-usahawan dan e-rezeki yang dilaksanakan oleh MDEC, bagaimana mengajak rakyat Bentong menggunakan platform ini memperkenalkan produk-produk mereka

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak Telekom kerana menawarkan mewujudkan talian WiFi di daerah Bentong yang telah membantu penduduk meningkatkan ekonomi,” katanya.

Sementara itu Tiong Lai berkata, beliau juga fokus untuk mempercepatkan projek CSR supaya ia disiapkan dengan segera kerana kesesakan di Bentong semakin meningkat

“Kita juga akan segerakan proses naik taraf laluan-laluan utama di Bentong, selain jalan-jalan antara taman-taman disambung dan kita akan dapat sedikit sebanyak menyelesaikan masalah kesesakan lalu-lintas khususnya pada musim hari raya dan cuti sekolah.

“Dengan adanya laluan berkenaan, kita dapat membantu penduduk setempat yang akan menggunakan jalan tersebut ketika trafik sesak dan sedikit sebanyak dapat mempercepatkan urusan mereka khususnya di Bandar Bentong,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here