Sekurang-kurangnya 216 maut gempa di Mexico

0
35

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 216 orang maut selepas gempa kuat menggegarkan tengah Mexico pada Selasa dengan angka kematian dijangka terus meningkat, lapor agensi berita China Xinhua.

Gempa berukuran 7.1 magnitud itu mengakibatkan puluhan bangunan runtuh, saluran gas pecah dan kebakaran.

Menurut ketua agensi perlindungan awam kebangsaan Mexico Luis Felipe Puente, kematian dilaporkan di Mexico City, Morelos, Puebla dan di Guerrero. 

Dalam perkembangan terkini katanya, 86 kematian dilaporkan di Mexico City, 71 di Morelos, 43 di Puebla, 12 di Edomex dan tiga di Guerrero.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa yang berlaku pada pukul 1.14 petang waktu tempatan itu berpusat kira-kira lima kilometer dari Raboso.

Presiden Mexico Enrique Pena Nieto menasihatkan penduduk untuk bertenang, ramai yang memerlukan bantuan tetapi tumpuan utama sekarang ialah mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan dan mungkin masih hidup. 

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here