Sekurang-kurangnya 27 maut serangan gereja di Sutherland Springs Texas

0
25

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 27 orang awam terkorban manakala puluhan yang lain cedera dalam satu siri tembakan besar yang berlaku di sebuah gereja kecil di tenggara Texas, Amerika Syarikat, menurut pihak berkuasa dan laporan media.

Siri tembakan besar itu berlaku apabila seorang lelaki bersenjata memasuki gereja baptis pertama di Sutherland Springs di Wilson County kira-kira 65 kilometer (km) timur San Antonio.

Suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian menaiki sebuah kenderaan tetapi dibunuh kira-kira 12 km dari Guadalupe County, menurut media tempatan dan Sarjan Robert Murphy, jurucakap Pejabat Sheriff Guadalupe County.

Tiada identiti suspek mahupun motif tembakan didedahkan oleh pihak berkuasa setakat ini.

Presiden AS, Donald Trump yang dalam rangka lawatan 12 hari di Asia  berkata beliau memantau rapat keadaan itu dari Jepun.

“Semoga Tuhan bersama penduduk Sutherland Springs, Texas. Penguatkuasaan undang-undang dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berada di tempat kejadian,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here