Sekurang-kurangnya dua askar maut, tujuh cedera dalam runtuhan salji di Turki

0
110
Advertisement

ANKARA: Operasi ketenteraan di Bitlis, wilayah tenggara Turki dihentikan sementara apabila satu insiden runtuhan salji terjadi hingga mengorbankan sekurang-kurangnya dua askar dan mencederakan tujuh yang lain.

Perkara itu disahkan oleh sumber rasmi hospital.

Runtuhan salji itu menimpa sekumpulan askar, lapor portal berita Hurriyet, serta menambah bahawa tiga lagi askar masih hilang.

Pasukan mencari dan menyelamat kini giat menjalankan usaha mengesan mangsa.

Wilayah tenggara Turki sudah berdekad-dekad menjadi medan pertembungan antara kumpulan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan angkatan bersenjata Turki.

PKK disifatkan sebagai organisasi pengganas oleh pentadbiran Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here