Sekurang-kurangnya empat terbunuh, 145 hilang akibat gempa bumi di Taiwan

0
70
Advertisement
HUALIEN: Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala 225 lagi cedera dalam kejadian bangunan runtuh akibat gempa bumi yang melanda Hualien, tengah malam semalam.

Selain beberapa bangunan runtuh, laporan mendakwa 145 mangsa dikhuatiri masih hilang.

Pasukan penyelamat bekerja keras menyelamatkan mangsa hingga ada yang menggunakan tangan bagi mengorek timbunan bangunan tersebut.

Menurut pihak berkuasa, gempa bumi itu telah mengakibatkan kawasan sejauh 22 kilometer terjejas termasuk hospital ketenteraan.

Keadaan jalan raya yang rosak akibat gempa bumi yang melanda Hualien, tengah malam semalam.

Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang melanda timur Taiwan malam semalam, menyebabkan sebuah hotel runtuh.

Pihak kerajaan Taiwan memberitahu, beberapa rakyat Jepun, China, dan Republik Czech turut menjadi mangsa.

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen, meninjau tempat kejadian dan menggesa pihak berkepentingan melancarkan operasi menyelamat dengan segera.

Keadaan bangunan yang rosak akibat gempa bumi yang melanda Hualien, tengah malam semalam.

Beberapa jalan raya rosak teruk dan pihak kecemasan berjaya menenteramkan orang awam yang trauma.

Pengusaha restoran, Lin Ching-wen memberitahu, ketika kejadian berlaku, restorannya sedang beroperasi seperti biasa.

“Saya sempat menarik isteri dan anak-anak menyelamatkan diri selain cuba membantu orang ramai,” katanya.

Pada tahun 2016, seramai 100 mangsa terbunuh akibat gempa bumi mencecah 7.6 Skala Ritcher di Selatan Filipina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here