Sekutu barat desak dialog atasi krisis Teluk

0
29


DUBAI: Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kuwait menggesa semua pihak yang terbabit dalam krisis diplomatik negara Arab di Teluk supaya menangani segera segala pertikaian yang timbul menerusi dialog, lapor agensi berita Kuwait, Kuna, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson dan Penasihat Keselamatan Britain, Mark Sedwill ke Kuwait, yang bertindak selaku orang tengah bagi menyelesaikan krisis dalam kalangan sekutu negara barat. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here