Selamat pengantin baru Nico

0
69



PENYANYI kumpulan rap terkenal 1990-an, Nico atau nama sebenarnya Abdul Fashah Abdul Aziz, 45, selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Juwiati Musa, 34, di Masjid Jamek Kampung Baru, di Kuala Lumpur, hari ini.

Ini adalah perkahwinan kedua penyanyi yang popular dengan lagu Inilah Nasibku selepas kegagalan rumah tangganya empat tahun lalu.

Menerusi perkahwinan itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Fazul Shazreen, 4, yang kini dipelihara bekas isterinya.

Nico yang kini kembali aktif menyanyi ketika dihubungi, berkata dia mengenali Juwiati sejak tiga tahun lalu sebelum mengambil keputusan memilihnya sebagai isteri.

“Saya melihat adanya keserasian di antara kami dan terus melahirkan hasrat untuk mengahwininya. Lagipun memang impian saya untuk mempunyai isteri di sisi bagi menyambut Ramadan dengan bersahur dan berterawih sama-sama, ” katanya.

Menurutnya, selama ini dia merahsiakan status sebenar dirinya kerana enggan berkongsi dengan masyarakat.

“Biarlah saya simpan kemas-kemas perkara ini kerana mahukan peminat fokus pada karya kami. Kalau dahulu zaman remaja lainlah kerana kalau boleh segala benda nak diceritakan kepada semua,” katanya.

Nico berkata,dia juga menyerahkan soal anak kepada ketentuan Allah dan berharap agar perkahwinannya kali ini kekal buat selama-lamanya.

Pasangan ini turut mengadakan majlis jamuan untuk keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat di Restoran Padi Seafood, Kampung Baru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here