Selamat tinggal gol ofsaid

0
272
Advertisement



MOSCOW: Jaringan yang terhasil daripada situasi ofsaid kini hanya akan tinggal sejarah apabila video bantuan pengadil (VAR) digunapakai,” kata Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino yang memuji bekerkesanan teknologi itu dalam saingan Piala Dunia Russia.

Malah Infantino juga mengumumkan yang kejohanan edisi kali ini adalah yang terbaik dalam sejarah.

Infantino berkata walaupun sebelum ini timbul kebimbangan terhadap penggunaan teknologi itu, sekarang sistem berkenaan nyata sudah berfungsi dengan baik.

“Ia adalah satu perkembangan lebih baik berbanding sebelumnya. VAR tidak menukar bola sepak sebaliknya ia ‘menyucikan’ bola sepak dan menjadikannya lebih jujur dan telus serta membantu pengadil membuat keputusan dengan tepat,” kata Infantino.

“Sekurang-kurangnya tiada lagi gol yang dijaringkan dalam situasi ofsaid. Kamu tidak akan lagi lihat jaringan terhasil dalam situasi ofsaid.

“Sejak beberapa tahun ini, saya mengatakan penganjuran Piala Dunia kali ini akan jadi yang terbaik dan hari ini saya boleh katakan sekali lagi dengan penuh yakin.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here