Selangor kurangkan hampir 50 peratus defisit

0
353
Advertisement

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengurangkan defisit kepada hanya RM408 juta berbanding RM900 juta bagi tahun kewangan 2017, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, ini membuktikan kerajaan negeri tuntas berpegang kepada prinsip belanja secara berhemah dan mengelakkan ketirisan dan kecuaian.

Katanya, setakat 31 Disember 2017, Selangor berjaya melepasi kutipan hasil negeri pada RM2.81 bilion berbanding sasaran RM2.55 bilion.

“Selangor turut berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri pada 2017 sebanyak 13.36 peratus, iaitu sebanyak RM43.83 juta,” katanya ketika berucap pada program Rapat Ramadan bersama Penjawat Awam Selangor di sini hari ini.

Tambahnya, tunggakan semasa hasil negeri ketika ini ialah pada RM284 juta.

Setakat lima bulan pertama 2018 pula, Mohamed Azmin berkata, Selangor berjaya mengutip 45 peratus hasil atau RM1 bilion berbanding sasaran RM2.25 bilion untuk tahun penuh.

“Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri akan terus diperkukuhkan dan berdaya tahan agar ia dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Selangor,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here