Selasa ada privasi

0
13



Lebih 10 tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan, Putri Najuwa, 32, akui selesa apabila dirinya kurang dikenali.

Baginya, pelakon juga punya privasi untuk melakukan apa saja tanpa menjadi bualan orang ramai.

Oleh itu, biarpun wajahnya kerap menghiasi kaca TV, masih ada yang kurang mengenali pemilik nama penuh, Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof iniapabila bertemu di luar.

“Saya selesa dengan keadaan itu kerana suka bersosial dan melepak dengan kawan.

“Apabila orang kurang kenal siapa saya itu lebih baik dan ia lebih memudahkan saya untuk ke mana-mana dan melakukan apa saja tanpa menjadi perhatian orang,” katanya.

Atas sebab itu juga, Najuwa kurang aktif berlakon kerana dia akan berlakon apabila ‘mood’ itu datang.

“Jika dulu, saya berlakon ikut ‘mood’ walaupun banyak dapat tawaran dan saya akan terima jika hendak berlakon.

“Namun itu dulu, sekarang saya lebih fokus dalam lakonan,” katanya.

Berasakan sudah sampai masa dia fokus dalam lakonan, Najuwa tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.

Meskipun hanya memegang watak biasa dalam filem Dubai MyLove, Najuwa tidak kisah kerana yang penting dia dapat tampil dalam filem itu.

Filem lakonan bersama Erwin Dawson, Hanna Aqeela dan Ben Ali itu bakal menemui penonton di seluruh pawagam pada September ini.

“Saya sudah bersedia untuk berlakon, harapan saya selepas ini dapat melakukan pelbagai watak yang lebih mencabar,” katanya.

Mengulas kisah peribadinya, Najuwa bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Walaupun sibuk melakukan persiapan kahwin dia tiada masalah untuk membahagikan masa dengan bidang lakonan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here