Selepas dibenar memandu, wanita Arab Saudi dibenarkan hadir ke stadium pula

0
248
Advertisement

DUBAI: Arab Saudi buat pertama kalinya akan membenarkan wanita menghadiri acara sukan di tiga buah stadium terpilih bermula awal tahun hadapan, umum Penguatkuasa Sukan Awam negara itu dalam satu kenyataan.

Stadium terbabit adalah di Jeddah, Dammam dan Riyadh, yang kini sedang dipersiapkan untuk menerima kehadiran pengunjung berkeluarga, menurut kenyataan itu yang dikeluarkan pada Ahad itu.

Baru sahaja bulan lalu, Arab Saudi mengumumkan bermula Jun 2018, wanita akan dibenarkan memandu.

Visi 2030 Putera Mahkota Mohammed bin Salman, melalui program pembaharuan menyasarkan untuk membebaskan Arab Saudi daripada cara hidup yang terbatas, yang sebahagiannya dibentuk oleh versi Islam Sunni konservatif yang mengehadkan peranan wanita, dan mempelbagaikan sumber ekonomi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here