Selepas Lady Gaga, Justin Bieber individu kedua kumpul 100 juta pengikut di Twitter

0
46

PENYANYI Justin Bieber mencipta rekod tersendiri apabila menjadi selebriti kedua yang meraih 100 juta pengikut di akaun Twitter.

Menerusi laporan Daily Mail, Justin merupakan individu kedua mempunyai pengikut teramai selepas penyanyi, Lady Gaga menjadi individu pertama meraih 100 juta pengikut pada pertengahan Jun lalu.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh pihak Twitter dalam satu kenyataan dan mengucapkan tahniah diatas pencapaian itu dengan menggunakan hashtag #100MBeliebers selain mewujudkan emoji khas kepada Justin.

Pihak Twitter juga telah berkongsi beberapa fakta menarik mengenai Bieber sejak dia menyertai Twitter pada Mac 2009.

Sebelum ini, Justin juga mengakui dia sudah lama menggunakan Twitter sebagai salah satu cara berhubung dengan peminat dan mempromosikan lagu terbaharu.

Setakat ini, terdapat juga beberapa penyanyi lain juga sedang mengumpul 100 juta pengikut antaranya Taylor Swift  dengan 85.5 juta pengikut, Rihanna (76.9 juta) pengikut dan Lady Gaga (69.5 juta) pengikut.

Sumber: Daily Mail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here