Selisih faham dengan Bazli punca Najdi tarik diri dari UNIC?

0
53
Advertisement

ANGGOTA kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul terkejut apabila Najdi, memberi kenyataan menarik diri dari kumpulan tersebut.

Fakhrul berkata dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak tahu punca sebenar.

“Ia mungkin berpunca daripada perselisihan faham dalaman sahaja yang saya sendiri tidak tahu sejak bila.

“Berurusan dengan manusia ini mencabar kerana manusia ada hati, perasaan dan ego, malah semua manusia berbeza. 

“Tidak nafikan, dalam menguruskan artis berkumpulan ada turun dan naiknya.

“Kami pun manusia biasa, cabaran dan ujian kami pun sama macam orang lain,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi.

BACA: Syahid kini ‘bintang di syurga’ – Bazli UNIC

BACA: ‘Stabilizer’ kamera disangka senjata punca kumpulan UNIC ditahan

BACA: UNIC kumpul peminat, bakat baru nasyid dari Thailand, Brunei & Indonesia

Najdi memberi kenyataan kepada media semalam bahawa penarikan dirinya itu dilakukan selepas berlaku perselisihan faham dengan Bazli.

Fakhrul bagaimanapun belum berjumpa dengan kedua-dua ahli kumpulannya itu bagi berbincang tentang apa masalah yang berlaku.

“Insya-Allah kami akan cuba menyelesaikan masalah dalaman ini dalam masa yang terdekat. 

“Lagipun kami ada banyak komitmen dengan pelbagai pihak.

“Jadi keputusan yang kami ambil semestinya akan dipertimbangkan dari semua segi,” katanya lagi. 

Najdi menyertai UNIC dua tahun lalu menggantikan Mohamad Fitri Haris, Wan Sharifuddin dan Mohd Afendi Jahri yang menjadi anggota asal kumpulan nasyid itu sejak ditubuhkan pada 2002.

Gandingan Najdi, Bazli dan Fakhrul membawa kejayaan kepada UNIC yang menjuarai program Gema Gegar Vaganza (GGV) tahun lalu.

Teks oleh: Syafiqah Jalal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here