Sembang Shah Rukh Khan, Brad Pitt

0
71



Apabila dua ‘superstar’ bertemu pasti ada saja perkara menarik yang berlaku.

Rabu lalu tanpa publisiti yang meluas, Brad Pitt singgah di Mumbai, India untuk mempromosikan filem terbaru, War Machine selepas selesai mempromosikannya di Tokyo, Jepun.

Pada sidang media filem itu, Shah Rukh Khan (SRK) adalah jemputan khas. Pada acara itu Brad teringin sangat nak tahu mengenai dunia perfileman di India.

Dia kagum dengan industri filem Bollywood yang padat dengan pelbagai elemen terutama tarian dan nyanyian.

Dia juga mahu tahu berapa lama penggambaran sesebuah filem itu berlangsung.

Menurut SRK, untuk babak aksi dan tarian mengambil masa 120 hari dan filem yang ringkas cuma 70 hari.

Menurut Brad, jumlah hari penggambaran itu sama seperti di Hollywood.

“Tetapi filem Hollywood tiada tarian dan nyanyian. Saya mesti tak boleh berlakon di Bollywood kerana tak pandai menari dan menyanyi,” katanya.

Bagi meyakinkan Brad, jelas SRK, tentu Brad boleh berlakon di Bollywood.

“Jangan bimbang, kami akan buat anda pandai menari kerana siapa saja berlakon di Bollywood kami akan pastikan mereka boleh menari,” kata SRK sambil menunjukkan aksi tarian pada Brad, membuatkan bekas suami Angeline Jolie itu ketawa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here