Sembilan ditahan dalam rampasan heroin di Taman Silibin Ria

0
255
Advertisement



IPOH: Polis menahan sembilan individu, termasuk seorang remaja berusia 16 tahun, dalam serbuan yang melibatkan rampasan dadah jenis heroin di Taman Silibin Ria, di sini, pada awal pagi Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner V.R. Ravi Chandran berkata ketika serbuan, pihaknya berjaya merampas dadah jenis heroin seberat 460 gram di sebuah rumah di situ.

Jelasnya, serbuan sekitar pukul 4 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri itu mendapati kesemua sembilan suspek mempunyai pertalian keluarga.

“Kesemua suspek yang ditahan melibatkan empat lelaki dan lima wanita yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 51 tahun.

“Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, polis menemui lima paket plastik mengandungi dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai sekitar RM11,500,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Ravi berkata siasatan awal mendapati tiga yang ditangkap mempunyai rekod lampau dan pihaknya turut menyita sebuah kenderaan jenis Proton Gen 2 dan motosikal Honda Ex5.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here