Sembilan lelaki disembelih militan

0
27


MOMBASA, Kenya: Keganasan terus meletus di negara ini apabila sembilan mayat ditemui tanpa kepala dipercayai dipenggal anggota militan.

Jurucakap polis berkata, kes di daerah Lamu itu berlaku beberapa hari selepas pembunuhan tiga anggota polis dalam satu serangan oleh militan Somali di kampung berhampiran.

Saksi berkata, kumpulan militan itu menyerbu perkampungan Jima dan Poromoko sebelum membunuh sembilan lelaki.

“Mangsa disembelih menggunakan pisau, tak ubah seperti mereka menyembelih seekor ayam,” katanya.

Sementara itu beberapa penduduk kampung berkata, sekumpulan lelaki lengkap bersenjata, sebahagian besar kelihatan seperti etnik Somali menyerang kedua-dua kampung pada jam 11 malam waktu tempatan.

“Mereka menggeledah setiap rumah untuk mencari lelaki bukan Islam dan mengarahkan mereka berkumpul sebelum kepala masing-masing dipenggal,” katanya.

Difahamkan, penduduk setempat telah menghubungi polis semalam bagi melaporkan mengenai kewujudan beberapa individu, disyaki anggota kumpulan militan al-Shabaab. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here