Sembilan maut ditembak ketika menonton perlawanan bola sepak di televisyen

0
24
Advertisement

MONTERREY: Sembilan maut akibat ditembak apabila lelaki bersenjata dan bertopeng meluru masuk ke sebuah rumah di San Nicholas de los Garza dekat sini ketika mereka sedang menonton perlawanan bola sepak di televisyen.

Dalam kejadian pada Sabtu malam waktu tempatan itu, tujuh dilaporkan terbunuh di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital. 

Sebahagian mangsa dikatakan diarah berkumpul di bahagian tandas kediaman itu sebelum ditembak penyerang.

Insiden tembakan ini merupakan antara yang terburuk membabitkan penyokong bola sepak di Monterrey.

Monterrey merupakan bandar perindustrian di Mexico yang kini berdepan masalah jenayah melampau terutama membabitkan aktiviti pengedaran dadah.

Sekurang-kurangnya 25 orang dibunuh di Mexico pada hujung minggu yang lalu.

Pihak berkuasa Mexico pada Ahad berkata, kerajaan bersedia mengambil tindakan keras ke atas kumpulan jenayah di rantau itu di mana keganasan meningkat mendadak kepada lebih 25,000 pembunuhan tahun lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here