"Semoga boleh berempat" – Laudya Cynthia Bella hamil?

0
191
Advertisement

LAMAN sosial Instagram (IG) pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menjadi perhatian netizen apabila dia memuat naik entri seperti memberi bayangan sedang berbadan dua.

Menerusi entri tersebut, Laudya menulis kapsyen agar dia segera menambah seorang ahli keluarga dari zuriatnya sendiri selepas mempunyai seorang anak tiri iaitu Engku Aleesya.

“Semoga bisa berempat,” tulisnya.

Dalam entri yang sama Laudya turut memuat naik fotonya sedang mendukung seorang bayi serta foto suaminya bersama anak tirinya.

Rata-rata peminatnya turut mendoakan agar pelakon itu segera hamil dan dikurniakan zuriatnya sendiri.

Laudya berkahwin dengan bekas suami aktres Erra Fazira pada 8 September 2017.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here