"Semua tempat nampak kelibat dia" – Remy Ishak diekori pontianak?

0
18
Advertisement

DEK terlalu menghayati watak untuk filem terbaharu lakonannya berjudul The Legend Of Pontianak, Remy Ishak mendedahkan sering dihantui bayangan makhluk ghaib itu.

Remy menerusi akaun Twitternya memberitahu sepanjang proses penggambaran filem itu dia tidak merasakan keseronokan apabila berdepan dengan situasi menakutkan.

“Dalam penghayatan watak untuk filem baru berjudul Pontianak (The Legend Of Pontianak), tak ada benda yang seronok dan best dalam hidup aku sekarang ni.

“Skrip ini buat aku jahanam!

“Semua tempat aku nampak kelibat dia sekarang. Allahu Allah!” tulisnya.
 

Bagaimanapun, perkongsian Remy mendapat respons kurang baik daripada peminat yang menganggap itu sebahagian daripada publisiti murahan.

“Mungkin itu cara yang paling membantu untuk mendalami skrip,” tulis @ezranatasyaa.

“Makhluk halus memang wujud selagi dia tak ganggu kita abaikan saja tapi kalau tak tahan mintalah air penawar bagi pulih semangat balik,” cadang @NurulHayati.

“Cheap marketing,” tulis @fadzrinsazali.

Filem The Legend Of Pontianak turut dibintangi oleh Nur Fazura, Namron, Tony Eusoff dan Shenty Feliziana itu sedang dalam proses penggambaran di Pasir Salak, Perak.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here