'Sentiasa rendah diri' nasihat Quincy Jones kepada Yuna

0
16

KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Malaysia yang kini menetap di Los Angeles, Yuna, puji sikap rendah diri lagenda muzik Quincy Jones.

Di Instagramnya sebelum ini, Yuna pernah berkongsi temuramah beliau bersama Quincy Jones sempena pelancaran fonkepala JBL Audio E55BT Quincy Edition.

Dalam catatan terbarunya, Yuna mengongsikan kisah disebalik tabir temuramah itu.

Kata penyanyi lagu ‘Crush’ itu, antara nasihat Jones adalah supaya pemuzik sentiasa rendah diri.

“Tanggungjawab kita sebagai pemuzik dan penulis lagu adalah untuk sentiasa rendah diri.

“Bakat ini adalah dari tuhan. Ia bukan milik kita jadi gunakan ia dengan bijak dan sentiasa bersifat rendah diri,” kata Yuna dalam laman Instagramnya.

Yuna turut berkata sepanjang penggambaran yang berlangsung sepanjang hari, Jones tidak pernah menunjukkan penat lelahnya.

“Saya merupakan orang kedua terakhir untuk menemuramah beliau dan cuaca sudah gelap di luar.

“Sangkaan saya, beliau telah lakukan ini (temuramah) sepanjang hari dan dengan secara umumnya, beliau pasti penat.

“Tetapi beliau layan semua orang dengan begitu istimewa dan bertanyakan khabar mereka. Apabila beliau diberikan sorbet oren, beliau terus berkata ‘Saya sudah bersedia!’” sambung Yuna.

Throughout my career Ive been blessed to meet a lot of people in the entertainment industry. One of the easiest (& favourite) ways for me to see someones true colors, is how they treat the production crew on set. I’ve worked with a lot of productions in the past 10 years, and funny enough, I fell in love with one wonderful man I worked with on a shoot years ago.. so you know, I have a soft spot for my production people, from the directors to the runners getting coffee for everyone. I try to make things easy and pleasant for everybody. These people work long hours & work hard to make something cool for the viewers, and also help you put your name out there. So no matter how tired you are, the way you treat the crew says it all about you. I’ve seen it all. Some roll their eyes at directors, some would snap at the cameraman, some don’t know when to say sorry or thank you. Some in the industry for 30 years, some.. not even a year. So, I see this as a reminder no matter how successful I get, inshaAllah i pray I wont turn into a fame monster one day. — So let me tell u about my time with Quincy Jones. He walks in, I was the 2nd last person he’s doing this shoot with, & it was already dark outside. I imagine he’d been doing this all day. I imagine at his age, he is tired. Still, he treated everybody in the room special- asks everybody how they are. He lights up when an orange sorbet is handed to him and says “Ok im ready!” and off we go! What a spirit! So many things I got from him that day that I wish would’ve made it into the interview video.. So wise. So kind. So humble. He asked for me to play the piano, & with whatever minuscule skill I have, I played some basic chords. This is the world’s greatest songwriter, musician, producer. But for some reason, I didn’t feel embarrassed playing my stupid chords next to him. He said our responsibility as musicians/songwriters is to be humble. We borrowed this gift from God. It’s not all ours, so use it wisely, be humble. Thank you @quincydjones for showing us all how it is done. We can’t all be as talented as him, but we can be just as kind now, cant we? Now where’s that orange sorbet!!

A post shared by Yuna (@yunamusic) on

Pengalaman beliau bersama Jones turut menjadi peringatan untuk sentiasa melayan kru produksi dengan baik.

“Tidak kisah penat lelah anda… bagaimana anda melayan pihak kru, ia mencerminkan sikap anda.

“Saya telah lihat semuanya. Ada yang menjeling ke pihak pengarah, ada yang marah jurukamera, ada yang tidak cakap ‘Maaf’ atau ‘Terima kasih’. Ada yang di dalam industri ini selama 30 tahun, ada yang tidak sampai setahun,” tambahnya.

Pada 5 Julai, Yuna memuat naik temuramah beliau bersama Jones yang antara lain berbincang tentang muzik dan juga nama-nama besar ketika ini yang memberi harapan kepada industri muzik pada masa hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here