Sentuhan tradisional majlis berinai Anis Al Idrus

0
44


ANIS Al Idrus pada majlis berinai di Shah Alam, malam ini. — Foto Ihsan Nasir Deraman

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Anis Al Idrus, memilih untuk tampil dengan konsep tradisional pada majlis berinai beliau yang diadakan di Shah Alam, malam ini.

Bertemakan Pink Henna Night, pemilik nama penuh Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 28, itu kelihatan anggun pada acara berkenaan apabila mengenakan sepersalinan busana rona merah jambu persis puteri raja terkenal Kelantan, Cik Siti Wan Kembang.

Majlis sederhana tetapi meriah itu dilangsungkan secara tertutup dan hanya dihadiri anggota keluarga terdekat beliau dan keluarga bakal suaminya, Aiman Rafzan.

Pada majlis berinai, Anis turut menggayakan gelang tangan, rantai dan cincin berlian tajaan Habib bernilai RM951,780, manakala pada majlis pernikahannya esok, beliau bakal mengenakan pula mahkota daripada jenama sama bernilai RM361,110.

Pelakon drama Duda Terlajak laris itu mengikat tali pertunangan dengan Aiman pada Mac lalu dan mereka akan diijabkabulkan malam esok di Shah Alam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here