Senyuman bayi sindrom down pikat hati juri pertandingan foto

0
141
Advertisement

SENYUMAN yang dilontarkan seorang bayi sindrom down berusia 18 bulan berjaya mencuri hati juri dalam pertandingan foto anjuran Gerber.

Lucas Warren dinobatkan dengan gelaran Spokesbaby 2018 selepas berjaya menewaskan 140,000 kanak-kanak normal lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Gerber, Bill Partyka menjelaskan pemilihan Lucas berdasarkan riak wajah yang gembira dengan senyuman menawan. 

“Setiap tahun kami memilih bayi yang mempunyai penampilan yang menarik bagi menggambarkan ‘bayi Gerber’. Tahun ini, Lucas menepati kriteria itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Lucas yang berasal dari Dalton, Georgia akan dijadikan ikon media sosial syarikat itu dan keluarganya membawa pulang wang tunai $50,000.

Sementara itu, ibu Lucas, Cortney Warren berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan terhadap anaknya yang dilahirkan dengan masalah genetik.

Beliau menyifatkan platform yang disediakan Gerber memberi peluang kepada Lucas untuk berkongsi kegembiraan dengan masyarakat di seluruh dunia selain dalam kalangan mereka yang berinteraksi dengan anaknya setiap hari.

“Kami berharap peluang ini dapat mendidik orang ramai untuk menerima kanak-kanak istimewa yang mempunyai potensi untuk mengubah dunia” kata ibu Lucas, Cortney Warren.

Gerber merupakan syarikat di bawah Nestle selepas dibeli pada tahun 2007 oleh syarikat makanan dan minuman switzerland.

Pertandingan foto kanak-kanak Gerber Spokesbaby mula dianjurkan di Amerika Syarikat sejak 90 tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here