Seolhyun tanggung malu, gambar separuh bogel tersebar di internet

0
74
Advertisement

ANGGOTA kumpulan AOA, Seolhyun terpaksa menanggung malu apabila gambar separuh bogelnya mula tersebar di internet. 

Menerusi laporan Allkpop, gambar tersebut dikatakan dirakam oleh bekas kekasihnya, Zico dan mula tersebar selepas telefon miliknya hilang.

“Gambar itu mula tersebar selepas telefon milik Zico hilang dan setelah diperhatikan gambar yang tersebar itu telah diubah suai menjadi gambar separuh bogel.

“Akibat perbuatan itu, Seolhyun terpaksa menanggung malu walaupun gambar yang tersebar itu bukan dirinya.

“Kami berharap agar dapat mencari pihak yang menyebarkan gambar itu dan mendakwa mereka di mahkamah.

“Buat masa sekarang pihak agensi sedang mengumpul bukti mengenai penyebaran gambar memalukan itu di laman sosial.

“Kami berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkannya di internet akan menerima hukuman setimpal atas perbuatannya,” kata syarikat pengurusan Seolhyun, FNC Entertainment.

Artikel: Allkpop

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here