Seorang lagi petugas White House letak jawatan

0
129
Advertisement

WASHINGTON: PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump terkejut atas tuduhan terbaharu melibatkan seorang petugas Rumah Putih, Rob Poter yang didakwa terlibat melakukan keganasan rumah tangga.

Menurut Trump beliau terkejut atas dakwaan terbabit dan tidak menyangka perkara itu boleh berlaku melibatkan kakitangannya.

Dalam temubual di Washington, Trump berharap Poter dapat melalui saat sukar itu dengan baik.

“Baiklah, kami berharap dia berada dalam keadaan baik, dia seorang pekerja yang baik.

“Ia adalah masa yang sukar untuknya dan kami di White House berharap dia mempunyai kerjaya yang baik di masa hadapan,” jelasnya.

Poter dimaklumkan telah meletakkan jawatannya pada Khamis selepas pertuduhan ke atasnya dibawa ke pengetahuan umum.

Dalam kenyataan Poter menjelaskan dakwaan keganasan rumah tangga terbabit adalah tidak benar.

Poter didakwa telah melakukan keganasan terhadap dua orang bekas isterinya dan laporan mengenainya telah dimaklumkan kepada badan Penyiasat Persekutuan FBI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here