Sepakan sudut pemusnah harapan Belgium

0
427
Advertisement



PENJAGA gol Belgium, Thibaut Courtois menyifatkan kekalahan pasukannya di tangan Perancis dalam aksi separuh akhir Piala Dunia sebagai ‘satu aib untuk bola sepak’, selain mengkritik corak pertahanan dipamerkan barisan anak buah Didier Deschamps.

Tandukan bek tengah Samuel Umtiti pada minit ke-51 yang dijelmakan menerusi sepakan sudut membenarkan Perancis meraih kemenangan 1-0 sekali gus mara ke final Piala Dunia buat kali ketiga.

“Ia satu perlawanan yang mengecewakan. Perancis langsung tidak bermain, mereka bertahan dengan 11 pemain dalam 40 meter daripada gol mereka,” kata penjaga gol Chelsea, Courtois.

“Mereka bermain serangan balas dengan (Kylian) Mbappe begitu pantas. Itu hak mereka. Mereka tahu apabila lawan bermain begitu dalam, di situlah kami mempunyai masalah.

“Ada kekecewaan kerana kami tidak tewas kepada pasukan yang lebih baik daripada kami. Kami tewas kepada pasukan yang langsung tidak bermain, hanya bertahan.

“Ketika menentang Uruguay (suku akhir) jaringan mereka adalah menerusi sepakan percuma dan kesilapan penjaga gol. Hari ini, sepakan sudut. Ia satu aib untuk bola sepak apabila Belgium tidak memenanginya hari ini.”

Perancis yang juga juara pada 1998 dijadual bertemu sama ada England ataupun Croatia pada aksi final di Stadium Luzhniki, Moscow, Ahad ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here