Sepanyol sasar Benitez

0
106
Advertisement



SEPANYOL kini dikatakan berminat untuk mendapatkan pengurus Newcastle, Rafa Benitez bagi menyelesaikan masalah pengurusan skuad kebangsaan itu.

Bekas pengendali Liverpool, Chelsea dan Real Madrid itu berada dalam senarai calon pengganti Julen Lopetegui yang dipecat sebelum kejohanan Piala Dunia bermula.

Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) memecat Lopetegui selepas mengetahui jurulatih itu mahu meletakkan jawatan selepas kempen Piala Dunia berakhir untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zinedine Zidane di Real Madrid.

Tindakan itu memakan diri apabila Sepanyol gagal mencapai sasaran di Russia selepas tersingkir di pusingan 16 pasukan terakhir.

Fernando Hierro diberi kepercayaan sebagai jurulatih sementara di Piala Dunia namun peluangnya untuk diberikan kontrak secara tetap terjejas apabila Sepanyol tewas kepada pasukan tuan rumah menerusi penentuan sepakan penalti.

Turut dikaikan dengan kerusi panas itu adalah jurulatih Belgium, Roberto Martinez dan Quique Sanchez Flores yang kini tidak memegang apa-apa tugas selepas bersama Watford dan Espanyol.

Presiden Persatuan Bolasepak Belgium (KBVB) Gerard Linard dalam satu laporan baru-baru ini memberi bayangan bahawa Martinez akan dilepaskan dengan harga yang tepat jika berjaya membantu skuad Red Devils menjulang trofi Piala Dunia pertama.

“Jika kami menjadi juara dunia dan Sepanyol menawarkan tawaran baik untuk mendapatkan Roberto Martinez… jadi ia tidak ada masalah bagi saya,” katanya.

Selain itu, Luis Enrique juga dikhabarkan antara calon pilihan namun beliau menjadi buruan beberapa kelab di Eropah selepas meninggalkan Barcelona.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here