Sepp Blatter akan ke Russia 19 Jun 

0
95
Advertisement



BEKAS presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, mengesahkan beiau akan berlepas ke Moscow pada 19 Jun ini, dengan merancang untuk meluangkan masa dua atau tiga hari bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia, kata jurucakapnya, Thomas Renggli.

Renggli berkata, pada awal minggu ini Blatter menerima jemputan untuk menyaksikan upacara pembukaan Piala Dunia 2018 dari Presiden Russia, Vladimir Putin.

Blatter, yang menguruskan badan induk sukan dunia itu selama lebih 17 tahun, diharamkan daripada terbabit sebarang aktiviti bola sepak selepas didapati melanggar etika pada 2015 kerana dikaitkan dengan skandal rasuah terbesar yang menggoncang FIFA.  

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Jun 2018 @ 1:23 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here