Sepupu Acha Septriasa rupa-rupanya atlet renang Indonesia

0
35

PELAKON popular Indonesia, Acha Septriasa telah mengucapkan tahniah atas kejayaan atlet renang berirama Indonesia Naima Syeeda Sharita Zainal yang juga sepupunya.

Dalam acara tersebut, Naima bersama rakan sepasukannya telah memenangi pingat gangsa dalam temasya sukan itu pada 20 Ogos lalu.

Ucapan itu dilayangkan Acha menerusi akaun media sosial Instagramnya @septriasaacha yang menyatakan perasaan bangganya melihat prestasi cemerlang ahli keluarganya.

“Terima kasih Naima Syeeda sayang atas pingatnya.

“Naima bukan hanya memenangi medal gangsa pada Sukan Sea 2017 tetapi juga mereka sendiri pakaian mandi untuk pasukannya! Hebat!” tulis Acha.
 

Naima turut membalas ucapan tahniah itu dengan menulis; “Yeay terima kasih Kak Acha!”

Menerusi acara renang berirama kategori berpasukan pada Sukan Sea KL2017 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, pasukan renang Indonesia ditewaskan oleh Singapura selaku juara bertahan dan Malaysia di tempat kedua.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here