Sepupu SRK bertanding pilihan raya

0
258
Advertisement



Berita sepupu pelakon tersohor Shah Rukh Khan (SRK), Noor Jehan yang akan bertanding di sebuah wilayah di Khyber-Pakhtunkhwa, Pakistan pada pilihan raya 25 Julai depan menarik perhatian ramai.

Menerusi laporan sebuah akhbar, Noor Jehan dikatakan sudah bersedia untuk bertanding di kerusi Peshawar apabila sudah mengambil borang pencalonan pada 7 Jun lalu.

Jehan turut memberitahu pemberita, dia mahu memberi tumpuan kepada masalah di kawasannya sekiranya memenangi kerusi terbabit.

“Misi saya untuk mengangkat martabat wanita selain ingin memberi tumpuan kepada masalah di kawasan saya,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Tertinggi sebelum ini.

Difahamkan, Noor Jehan pernah melawat bintang ternama Bollywood itu dua kali dan keluarga kedua-dua pihak sangat rapat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Jun 2018 @ 12:08 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here