Serangan bom berkembar gegar Mogadishu, lebih 22 maut

0
75
Advertisement

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam dua serangan bom kereta di dua lokasi berbeza di ibu kota Somalia, Mogadishu pada Sabtu.

Pihak berkuasa Somalia berkata salah satu serangan menggunakan trak yang mensasarkan sebuah hotel di tengah bandar terbabit turut mencederakan 15 yang lain.

Saksi memaklumkan berlaku kejadian berbalas tembakan antara pihak berkuasa dengan anggota pengganas sebelum kejadian letupan terbabit.

Letupan turut mengakibatkan beberapa buah kenderaan yang diletak di bahu jalan terbakar.

Hotel terbabit musnah teruk dan pasukan penyelamat masih mencari mangsa yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan.

Buat masa ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab dan  kumpulan pengganas Al Shabab menjadi suspek utama melancarkan serangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here