Serangan bom di Nigeria, 18 terbunuh

0
24

ABUJA: Insiden letupan bom di Maiduguri, Nigeria, yang merupakan kubu pemberontak Boko Haram, menyebabkan 18 orang terbunuh, termasuk empat pengebom bunuh diri, lapor agensi berita China Xinhua.

Jurucakap polis, Victor Isuku berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 malam waktu tempatan, pada Rabu, selepas empat orang dipercayai pengebom bunuh diri meluru masuk ke kawasan tempat masyarakat Islam sembahyang di Muna Gari, berhampiran Maiduguri, sebelum meletupkan diri mereka. 

Isuku berkata, 29 orang lagi cedera dan dihantar ke dua buah hospital awam di pusat bandar untuk menerima rawatan.

Susulan insiden tersebut, pihak polis mengetatkan kawalan keselamatan di lokasi kejadian.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here