Serangan siber meningkat 69 peratus seluruh dunia

0
7
KUALA LUMPUR: Kes serangan siber meningkat dengan mendadak di seluruh dunia sejak beberapa bulan lalu, menurut laporan terbaharu dikeluarkan syarikat penyedia teknologi Akamai Technologies.

Laporan industri syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu menyebut, serangan terhadap aplikasi web pada suku tahun ketiga 2017 meningkat 69 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dalam masa sama, ia turut menyatakan, serangan terhadap aplikasi web juga meningkat 30 peratus berbanding suku kedua tahun ini.

“Penjenayah siber turut mengunakan teknologi Internet of Things (IoT) dan peranti Android untuk melancarkan serangan dengan sasaran kini dikhuatiri tertumpu kepada aktiviti pembelian sempena musim jualan hujung tahun,” katanya.

Projek UM jana tenaga elektrik daripada air kumbahan dapat pengiktirafan antarabangsa

Pada masa sama, Akamai menjangkakan peniaga atas talian akan berhadapan dengan kerugian memandangkan ancaman serangan siber akan menjejaskan minat membeli belah atas talian.

Ia juga boleh menjejaskan peniaga atas talian memandangkan musim jualan hujung tahun adalah tempoh paling kritikal bagi mereka yang ketika ini dipacu oleh kempen seperti ‘Black Friday’ or ‘Cyber Monday’.

Penganalisis sebelum ini menyuarakan kebimbangan berhubung peningkatan serangan siber susulan pendedahan data peribadi milik 46.2 juta penguna telefon mudah alih.

Uber pada minggu lalu mendedahkan data peribadi milik 57 juta pengunanya juga terdedah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here