Serangan udara tentera bunuh 17 orang awam

0
68


QAMISHLI, Syria: Sekurang-kurangnya 17 orang awam terbunuh dalam serangan udara tentera pakatan antarabangsa di Raqa ketika tentera disokong Amerika Syarikat (AS) terus mara ke arah kubu militan Daesh Syria.

Kumpulan pemantau hak asasi manusia Syria memberi amaran tentera pakatan diketuai AS melancarkan kira-kira 25 serangan di kawasan bandar dan pinggir bandar menyebabkan berpuluh-puluh terkorban dan angka kematian dijangka meningkat.

Ketua kumpulan pemantau yang berpangkalan di Britain, Rami Abdel Rahman, berkata, satu serangan terkena kafe Internet di kawasan pinggir Jazra, lokasi yang paling banyak mayat mangsa ditemui.

Serangan dilakukan selepas Tentera Demokratik Syria (SDF), yang disokong AS terus mara ke Raqa, dua hari selepas berbulan-bulan berusaha untuk mengepung bandar yang sinonim dengan kekejaman militan Daesh sejak ditawan pemberontak pada 2014.

Kumpulan pemantau berkata, SDF kini mengawal kira-kira dua pertiga daripada al-Meshleb dan kira-kira 400 meter dari daerah jiran al-Senaa. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here