Serbia roboh masjid sehari sebelum Ramadan

0
46


BELGRADE: Pihak berkuasa di Serbia memusnahkan sebuah masjid yang dikatakan dibina secara tidak sah di pinggir ibu kota selepas polis mengepung kawasan itu dalam satu operasi awal pagi hari ini, sehari sebelum Ramadan.

Masjid dua tingkat tanpa menara dibina di kawasan kejiranan Zemun pada 2014 walaupun pihak berkuasa enggan mengeluarkan permit binaan.

Semalam, pihak berkuasa cuba merobohkan bangunan itu namun terpaksa menangguhkannya selepas bantahan daripada penduduk Islam di kejiranan itu, minoriti Roma (gipsi).

Awal hari ini, pihak berkuasa kembali dengan diiringi polis dan berjaya merobohkan masjid itu.

Pengurus bandar ini, Goran Vesic, berkata pihak berkuasa memusnahkan ‘bangunan dibina secara haram, sejajar dengan undang-undang’, lapor agensi berita Tanjug.

Ulama terkenal ibu kota ini, Mufti Muhamed Jusufpahic berkata, masyarakat Islam akan memfailkan bantahan kepada Presiden Serbia.

“Kami amat terkejut perkara ini berlaku ketika kemuncak sambutan Ramadan,” Jusufspahic kepada Reuters.

Ibu negara Serbia dengan kira-kira 1.6 juta penduduk memiliki sejumlah 20,000 penduduk Islam dan hanya ada sebuah masjid dibina pada 1575, ketika wilayah Balkan diperintah empayar Uthmaniyyah Turki.

Serbia memiliki sekitar 230,000 penduduk Islam atau 3.1 peratus daripada jumlah penduduk, kebanyakannya tertumpu di rantau barat daya Sandzak yang bersempadan Bosnia, Kosovo dan Montenegro. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here