Seremban 1 juara kali ke-6

0
56



Rembau: Pasukan Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Seremban 1 mencipta sejarah apabila muncul juara kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Lebih menarik, kejayaan itu adalah kali keenam berturut-turut dicatat mereka.

Pengurus pasukan Mohd Riduan Mohamad Yusof berkata, kejayaan membanggakan itu adalah hasil usaha gigih barisan kejurulatihan, guru serta ibu bapa pelajar yang sering memberi sokongan padu.

“Sudah tentu sebagai pengurus saya amat berbangga dengan pencapaian yang diraih ini.

“Kejayaan ini membuktikan kami mampu kekal konsisten pada setiap tahun untuk mempertahankan kejuaraan.

“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan padu dan sudah tentu pujian diberikan kepada barisan pemain yang bekerja keras di tengah padang,” katanya.

Skuad bimbingan Zahirudin Amirudin itu menewaskan MSSD Jempol 3-0 pada separuh akhir sebelum mengesahkan kejuaraan apabila menewaskan MSSD Seremban 2 4-0 pada aksi final.

SHARE
Previous articleTak menentu
Next articleTanjung FC rampas trofi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here