Seri pilih Fulham, Chelsea kecewa

0
529
Advertisement



LONDON: Pemain Ivory Coast Jean-Michel Seri menyertai Fulham hari ini, mencuri tumpuan perpindahan Liga Perdana Inggeris apabila pemain itu mengetepikan bidaan Chelsea dan kelab Jerman Borussia Dortmund.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak empat tahun dengan pilihan lanjutan kontrak setahun apabila Fulham membayar dengan anggaran £25 juta (RM133.4 juta) kepada kelab Ligue 1 Nice.

Perpindahan itu tertakluk kepada pelepasan antarabangsa dan permit kerja Seri yang tampil 16 kali mewakili negaranya.

Seri tertarik dengan prospek sebagai kesebelasan utama dan situasi Chelsea ketika ini tidak membantu susulan status pengurus Antonio Conte, yang mengendalikan latihan minggu ini meskipun timbul spekulasi bahawa bekas pengurus Napoli Maurizio Sarri akan menggantikannya.

“Sesuatu yang hebat apabila perpindahan ini menjadi kenyataan,” kata Seri kepada laman web Fulham.

“Kini saya sudah sedia untuk mula beraksi dan tidak sabar bertemu skuad dan mengenali mereka, ketua jurulatih dan kakitangannya dengan lebih baik.

“Saya seronok berada di sini, ia permulaan satu pengembaraan baru bagi saya dan berharap semuanya berjalan lancar.

Fulham berkata mereka berjaya mengatasi beberapa kelab utama untuk mendapatkan pemain itu yang menjadi sasaran utama pasukan itu sebalik kembali ke liga utama berkenaan selepas empat tahun.

“Jean-Michael datang dengan kualiti Liga Perdana begitu juga dengan harapan masa depan dan itulah sebabnya mengapa dia menjadi sasaran utama kami sejak sekian lama,” kata pengarah bola sepak Fulham Tony Khan.

“Jadi, ini hari yang hebat buat semua yang terbabit dengan Fulham dan saya percaya semua penyokong Fulham pastinya teruja apabila Jean-Michael menyertai skuad kami sebailk kembali ke Liga Perdana!”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here