Serik 'dibuli' netizen, Shila Amzah tinggalkan Twitter

0
15

PENYANYI Shila Amzah mengaku terkesan dengan kritikan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya, terutama dalam isu terbaharu berkaitan dengan loghat (accent) bahasa Inggerisnya.

Dalam satu kemas kini status di Instagram, Shila berkata dia tidak faham mengapa netizen begitu sinis terhadap setiap status yang dimuat naik, khususnya di akaun Twitter.

Atas sebab itu, penyanyi yang berjaya menempa nama di China itu membuat keputusan untuk tidak lagi mengemas kini akaun Twitternya.

“Saya cuba menjadi diri sendiri tetapi saya menjadi mangsa buli siber sejak tujuh tahun lalu.

“Ia seolah-olah cerita yang tidak berkesudahan,” tulis Shila.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here