Setahun membujang, Jalaluddin bakal nikah kenalan di Facebook

0
129
Advertisement

PELAKON Datuk Jalaluddin Hassan, 63, mengakui sedang mengenali seorang wanita dan berhasrat untuk mengahwininya selepas setahun pemergian isteri, Datin Hasimah Mat Ehsan.

Kata Jalaluddin dia mengenali wanita itu menerusi Facebook beberapa bulan lalu untuk mengucapkan Selamat Berpuasa pada bulan Ramadan sebelum bertemunya ketika sambutan rumah terbuka Aidilfitri.

Life must go on! Apabila hilang arwah isteri saya rasa hidup saya tiada erti dan pintu hati pun sudah tertutup.

“Tetapi apabila pertama kali bertemunya, hati saya rasa dialah individu yang paling tepat.

“Ya, saya sedang mengenali seseorang dan berhasrat untuk memperisterikannya.

“Bagaimanapun tarikh masih belum diputuskan lagi, mungkin tahun ini mungkin tahun depan,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media teater Bahara Emas di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur siang tadi.

Wanita yang berstatus ibu tunggal itu didedahkan Jalaluddin dengan pangkal nama YR.

Selain itu, wanita berusia 44 tahun tersebut dipercayai berasal dari Serkam, Melaka dan mempunyai empat anak hasil perkahwinan sebelum ini.

Sementara itu, tambah Jalaluddin, bapanya, Tan Sri Hassan Azhari juga sering menasihatinya untuk berkahwin kerana kasihankan dirinya.

“Ayah saya betul-betul mahukan saya berkahwin secepat mungkin tetapi saya masih belum bersedia.

“Anak-anak juga tidak menghalang untuk saya berkahwin semula kerana sedar saya memerlukan seorang isteri pada masa ini terutama untuk menjaga kebajikan saya.

“Apa pun, saya memerlukan sedikit ruang sebelum membuat keputusan,” katanya.

Pengacara Who Wants To Be A Millionaire itu kehilangan isterinya Datin Hasimah Mat Ehsan November tahun lalu akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

Minggu lalu, Jalaluddin dimasukkan ke hospital akibat masalah vertigo yang menyebabkannya mengalami masalah keseimbangan badan.

Walaupun dibenarkan keluar hospital untuk berehat pada Rabu lalu, Jalaluddin tetap memberi komitmen pada teater Bahara Emas terbitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bakal dipentaskan pada 19 hingga 22 Oktober ini.

Teks oleh: Amri Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here